Pertandingan Bahasa Inggeris Antarabangsa mencabar pelajar dari seluruh dunia untuk bersaing di peringkat global. Pertandingan ini selaras dengan CEFR dan terbuka kepada pelajar berusia 6 hingga 19 tahun. Ujian merangkumi kemahiran Membaca, Mendengar, Menulis, Bertutur dan Penggunaan Bahasa Inggeris. Terdapat sebanyak 4 pusingan pertandingan: Pusingan Saringan, Pusingan Akhir Kebangsaan, Pusingan Kelayakan dan Pusingan Akhir Dunia di Rome, Itali.
Pertandingan ini menggalakkan pelajar meningkatkan penguasaan kosa kata dan kemahiran ejaan. Ia selaras dengan CEFR dan terbuka kepada pelajar berusia 6 hingga 19 tahun. Ujian merangkumi Ujian Menulis, Ujian Mendengar, Ujian Brainstorm dan Ujian Lisan. Terdapat 3 pusingan pertandingan: Pusingan Saringan, Separuh Akhir dan Pusingan Akhir.
Seiring dengan misi kami untuk memupuk generasi pemikir dan penulis masa hadapan, MYAA disasarkan kepada penulis muda berumur 8 hingga 17 tahun. Program ini memberi platform kepada bakat muda untuk meningkatkan kemahiran penulisan kreatif dan membina keyakinan diri setiap kali mereka menulis. Ini merupakan peluang terbaik untuk mereka mencipta idea dan menghasilkan cerita sendiri.
The English language enrichment program from Singapore emphasizes on verbal and written linguistic proficiency, learning through activities, acting, games, and movement. The program is suitable for students aged 5-15. UEC envisions a world where there are no boundaries for the young to share their ideas and cultures through the stories they tell.
Kelas Bahasa Inggeris Dalam Talian berasaskan silibus CEFR dari United Kingdom dan memberi tumpuan kepada kemahiran membaca, mendengar, bertutur, menulis dan penggunaan bahasa Inggeris. Kelas dijalankan setiap minggu melalui Zoom dan dikendalikan oleh guru Bahasa Inggeris berpengalaman bagi memastikan sesi pembelajaran yang menarik, interaktif dan berkesan.
Program ini bertujuan meningkatkan kosa kata, kefahaman perkataan dan kemahiran ejaan pelajar Malaysia. Kelas diadakan setiap minggu melalui Zoom dan dikendalikan oleh guru Bahasa Inggeris berpengalaman bagi memastikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif.